Menu:

 

Bukit Merah

Teluk Senangin

Melaka

Moh Melabun:


 

 

 

 

 

 

 


Example sidebar image

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Sekolah Izzuddin Shah Ipoh bagi bekas pelajar tahun 1986-1990 (PERSIS86). Laman web ini didirikan bagi memberi maklumat terkini kepada semua warga PERSIS86 khasnya dan seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah amnya. Semoga dengan wujudnya laman web ini, semua bekas-bekas pelajar dapat mengetahui perkembangan rakan-rakan PERSIS86. Doa dan harapan agar melalui laman web ini juga, persahabatan dan semangat setiakawan dapat dieratkan kembali..InsyaAllah..

PERSIS 86 adalah Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Tahun 1986-1990. Persatuan ini ditubuhkan dan didaftarkan bertujuan untuk menjejak kembali rakan-rakan di alam persekolahan dan menyambung kembali hubungan yang telah terputus.

Beberapa aktiviti telahpun diadakan sepanjang perasatuan ini ditubuhkan. Antaranya..Program Sirih Pulang Ke Gagang Di SIS, Program Simposium Kecemerlangan Akedemik SISTA, Sambutan Hari Keluarga & Perjumpaan Aidilfitri di A'Famosa, Melaka, AGM di Teluk Senangin dan Hari Keluarga Di Bukit Merah Lake Town Resort.

Banyak lagi aktiviti kecil yang telah dijalankan. Walaupun adalah mustahil untuk mengumpul kesemua bekas pelajar, tetapi usaha PERSIS 86 akan diteruskan walau apa jua rintangan dan kesusahan yang bakal dihadapi.

PERSIS 86 juga telah melangkah setapak demi setapak di dalam proses menjejak kesemua rakan-rakan. Penubuhan email group di persis86@yahoogroups.com bagi memudahkan komunikasi di kalangan ahli. Membina blog persis86.blogspot.com untuk segala aktiviti PERSIS86 dan yang terkini membina laman web hhtp://www.persis86.org untuk mengetahui perkembangan PERSIS86 di serata dunia.

Akhirkata, bagi semua bekas pelajar SIS 1986-1990, sudilah kiranya anda menghubungi rakan-rakan kita kembali bagi memeriahkan lagi persatuan kita dan merapatkan kembali hubungan antara kita..

Wassalam..